Berkahwin dengan Putera Albert Elizabeth_Bowes-Lyon

Elizabeth (barisan belakang kedua dari kiri) sebagai pengapit di perkahwinan Puteri Mary dan Viscount Lascelles, 1922

Putera Albert, Duke York—"Bertie" oleh ahli kaum kerabatnya—merupakan putera kedua kepada Raja George V. Baginda mulanya melamar Elizabeth pada tahun 1921, tetapi Elizabeth menolak lamaran baginda, kerana "takut tidak akan, tidak akan lagi bebas berfikir, bercakap dan berkelakuan seperti saya rasa yang saya amat harus".[19] Apabila baginda menegaskan baginda tidak akan mengahwini siapa-siapa, bonda baginda, Permaisuri Mary, berangkat menziarahi Glamis untuk melihat sendiri perempuan yang telah mencuri hari puteranya. Baginda jadi yakin yang Elizabethlah "perempuan yang dapat menggembirakan Bertie", tetapi walau bagaimanapun enggan masuk campur.[20] Pada masa yang sama, Elizabeth telah dipikat oleh James Stuart, pengiring raja Albert, sehinggalah beliau meninggalkan berkhidmat untuk Putera kerana mendapat pekerjaan dengan gaji yang lebih baik dalam perniagaan minyak Amerika.[21]

Pada bulan Februari 1922, Elizabeth menjadi pengapit di perkahwinan adinda Albert, Puteri Mary, dengan Viscount Lascelles.[22] Bulan berikutnya, Albert melamar lagi, tetapi Elizabeth menolaknya sekali lagi.[23] Akhirnya, pada bulan Januari 1923, Elizabeth bersetuju untuk mengahwini Albert, walaupun rasa ragu-ragunya tentang kehidupan diraja.[24] Kebebasan Albert dalam memilih Elizabeth, bukan seorang ahli kaum kerabat diraja, walaupun baginda puteri seorang bangsawan, dianggap satu tanda menyokong pemodenan politik; sebelum ini, putera dijangka untuk mengahwini puteri dari kerabat diraja yang lain.[25] Baginda berdua memilih sebentuk cincin pertunangan platinum bertahtakan batu nilam Kashmir dengan dua biji intan menghiasi tepinya.[26]

Baginda berdua berkahwin pada 26 April 1923, di Westminster Abbey. Dengan tidak disangka-sangka,[27] Elizabeth meletakkan jambak bunganya di Makam The Unknown Warrior dalam perjalanannya ke Gereja,[28] untuk memperingati kakandanya Fergus.[29] Elizabeth dikurniakan gelaran Her Royal Highness The Duchess of York (Yang Teramat Mulia Duchess York).[30] Berikutana santapan pagi perkahwinan di Istana Buckingham yang disediakan oleh jurumasak Gabriel Tschumi, Duchess yang baru dan suaminya berbulan madu di Polesden Lacey, sebuah rumah manor di Surrey, dan kemudian berangkat ke Scotland, di sanalah baginda dijangkit batuk kokol yang dianggap "tidak romantik".[31]